Home News > News Archive  
 
Member Services
 
MyPorts
 

ePermit lulus permohonan 17 agensi

17 October 2007

DAGANG Net Technologies Sdn Bhd semalam mengu mumkan sistem permohonan permit berasaskan web - ePer­mit,yang dibangunkannya kini bu kan saja beroperasi secara terus di 17 agensi pengeluar permit (OGA), tetapi sepenuhnya ‘tanpa kertas' di 11 OGA lain.

Ketua Eksekutifnya, Zulkifli Ha­run, berkata 11 agensi berkenaan ialah Lembaga Pemasaran Perta­nian Persekutuan, Lembaga Koko Malaysia, Lernbaga Racun, Jabatan Alam Sekitar dan Lernbaga Industri Nanas Malaysia.

Katanya, agensi lain ialah Polis Diraja Malaysia, Bahagian Perkhid­matan Farmaseutikal, Bahagian In­dustri Padi dan Beras, Jabatan Per­ikanan, Lembaga Ternbakau serta Lernbaga Penapisan Fiiem.

"Bayangkan betapa mudahnya bagi komuniti perniagaan merno­hon permit tanpa kertas sepenuh­nya, selain kelulusan permohonan dilakukan secara dalam talian.

"la menjimatkan masa berulang alik ke agensi kerajaan," katanya menerusi kenyataan semalam.

ePermit adalah sistem permo­honan permit berasaskan web di­bangunkan Dagang Net bagi membolehkan pengimport, peng­eksport dan ejen perkapalan me­ mohon permit import eksport da­ripada OGA dan memperoleh ke lulusan menerusi internet.

Permit yang diluluskan kemu­dian dihantar secara elektronik ke Sistem Maklumat Kastam (SMK) bagi pengesahan dan rujukan.

A member of
   
©Copyright 2003 Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
UEM Group
TIME Group
   
Tel: 603-2723 2723 Fax : 603-2723 2727 Email: info@dagangnet.com