Home News > News Archive  
 
Member Services
 
MyPorts
 

Amiruddin jadi Pengerusi PAA

Published by Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. (Dagang Net) hari ini melantik Pengarah Eksekutifnya, Amiruddin Abdul Aziz sebagai Pengerusi Perikatan Perdagangan Elektronik Pan Asia (PAA) untuk tempoh dua tahun, mulai tahun 2007.

Amiruddin dalam kenyataannya di sini berkata, PAA akan membolehkan Malaysia mendapat capaian segera kepada pertukaran dokumen perdagangan elektronik (e-dagang) dan dokumen komersial antara komuniti perniagaan Malaysia dengan ahlinya.

“Kami berharap dapat melihat persekitaran tetingkap untuk Asia Timur dengan Dagang Net sebagai firma yang menyokong pelaksanaan Tetingkap Tunggal ASEAN (ASW) dan berharap dapat memainkan peranan penting menghubungkan ASW kepada persekitaran tetingkap tunggal Asia Timur,” kata beliau.

A Subsidiary of
   
©Copyright 2003 Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
UEM Group
Time Engineering Bhd
   
Tel: 603-2723 2723 Fax : 603-2723 2727 Email: info@dagangnet.com