Home News > News Archive  
 
Member Services
 
MyPorts
 

Dagang Net unjur pendapatan RM58 juta

Published by Utusan Online

KUALA LUMPUR 20 Feb. Syarika.t perkhidmatan perdagangan elektronik, Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. (Dagang Net) menyasar­kan pertumbuhan pendapatan seba­nyak 16 peratus kepada RM58 juta tahun ini berbanding RM50 juta pada tahun 2004.

Ketua Pegawai Eksekutif Dagang Net, Saifol Bahri Shamlan berkata, sasaran itu yakin dicapai melalui per­luasan pelaksanaan sistem e-Permit, e-Manifest dan juga borang K3 pada tahun ini.

Dengan perkhidmatan itu, para pengeksport dan pengimport hanya perlu mengisi borang permit dalam talian sahaja tanpa memerlukan se­barang transaksi permohonan meng­gunakan kertas, katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita setelah berucap dalam majlis pem­bukaan bengkel anjuran Pusat Memudahcara Perdagangan dan Perniagaan Elektronik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Uncefact) di sini, hari ini.

Bengkel selama dua hari itu meru­pakan platform kepada wakil dari 18 negara di seluruh dunia untuk mem­bincangkan perkara-perkara menge­nai penarafan dokumen perdagang­an digital - UNeDocs (United Na­tions Electronic Trade Documents) - yang bakal merobah prosedur perda­gangan global.

Buat masa sekarang, hanya United Kingdom yang telah mengguna pakai sistem UNeDocs. Ia bakal di­lancarkan di Malaysia menjelang tahun 2007.

Menurut Saifol Bahri, Dagang Net juga berhasrat untuk melengkapkan 24 agensi kerajaan, tidak termasuk kastam, dengan kemudahan e-per­mit pada suku keempat tahun ini.

Setakat ini, hanya terdapat tiga agensi kerajaan iaitu Lembaga Pe­masaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Koko Malaysia dan Lembaga Kawalan Racun Se­rangga sahaja yang dilengkapi ke­mudahan untuk memohon e-Permit, katanya.

Menjelang bulan depan, dua buah pelabuhan di Semenanjung Malaysia dan sebuah di Sarawak akan dileng­kapi dengan kemudahan e-Manifest, tambahnya.

A Subsidiary of
   
©Copyright 2003 Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
UEM Group
Time Engineering Bhd
   
Tel: 603-2723 2723 Fax : 603-2723 2727 Email: info@dagangnet.com