Home News > News Archive  
 
Member Services
 
MyPorts
 

Kastam Dagang Net dijangka jana RM58 juta

Published by Berita Harian (Ekonomi)

DAGANG NET Technologies Sdn Bhd (DNT), anak syarikat Time Engineering Bhd, me­ngunjurkan pendapatan RM58 juta tahun ini daripada perniagaan te­rasnya, Sistem Maklumat Kastam Dagang Net.

Ketua Eksekutifnya, Saifol Bahri Shamlan, berkata unjuran itu dido­rong penerimaan lebih meluas agen­si pengeluar permit dan lembaga pelabuhan tempatan dalam beralih kepada aplikasi berasaskan web se­enuhnya seperti e-Permit, e-Mani­fest clan Borang K3 tahun ini.

"Kami yakin dapat menyambung­kan 24 agensi pengeluar permit de­ngan pengeksport, pengimport, ejen penghantaran dan Kastam Di­raja Malaysia (KDRM) dalam teting­kap tunggal e-Permit selewat-lewat­ya pada suku keempat tahun ini.

"E-Manifest pula akan diuji di tiga pelabuhan, sebuah di Semenanjung dan dua di Sarawak bulan depan, manakala Borang K3 yang mem­babitkan penghantaran barangan ke Sabah clan Sarawak secara elektronik dari Semenanjung dalam tempoh terdekat;' katanya.

Beliau berkata demikian pada bengkel Piawaian Antarabangsa Bagi Merangsang Perdagangan Tanpa Kertas anjuran Pusat Untuk Pernia­gaan Elektronik dan Kemudahan Per­dagangan Pertubuhan Bang­sa-bangsa Bersatu (UN/CEFACT) di Kuala Lumpur , semalam.

Hadir sama Ketua Bahagian Per­niagaan Elektronik UN/CEFACT, Mar­kus Pikart clan Ketua Bahagian Fa­silitasi Perdagangannya, Tom Butter­ly.

E-Manifest, adalah senarai dan gambaran lengkap barang yang di­muatkan ke dalam kapal, manakala Borang K3 adalah borang untuk mempermudahkan pergerakan per­dagangan antara Semenanjung Ma­laysia clan Malaysia Timur.

Saifol berkata, setakat ini tiga agensi pengeluar permit iaitu Lem­baga Pemasaran Pertanian Perseku­tuan (Fama), Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) sudah mengguna pakai e-Permit sepenuhny a, mana­kala 11 lagi sedang diuji.

A Subsidiary of
   
©Copyright 2003 Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
UEM Group
Time Engineering Bhd
   
Tel: 603-2723 2723 Fax : 603-2723 2727 Email: info@dagangnet.com