Home News > News Archive  
 
Member Services
 
MyPorts
 

e-Cargo Insurance sasar 1,500 pelanggan

Published by Berita Harian (Ekonomi)

TAHAN Insurance Malaysia Bhd, melancarkan perkhidmatan ‘e-Cargo Insurance’ yang membolehkan pembelian insurans kargo marin dibuat menerusi internet bagi meningkatkan kecekapan dan kepantasan pemprosesan.

Antara lain ia disasarkan kepada kira-kira 1,500 pelanggan insurans kargo marin sedia ada terdiri daripada pengeksport, pengimport, syarikat logistik, ejen perkapalan dan pekilang tempatan.

Ketua Pegawai Operasi (Insurans Am) Tahan Insurance, Chong Wai Hong, berkata pelancaran perkhidmatan itu dijangka meningkatkan lagi sumbangan bahagian insurans kargo marin kepada premium syarikat pada masa depan.

“Ketika ini insurans kargo marin mewakili peratusan kecil dalam portfolio premium syarikat, iaitu kira-kira RM3 juta dan kami menjangkakan ia akan meningkat kepada RM6 juta tahun depan,” katanya pada majlis memperkenalkan perkhidmatan terbaru itu kepada media di Petaling Jaya, semalam.

Chong berkata, dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, insurans kargo marin dijangka menjadi salah satu daripada bahagian terbesar dalam perniagaan insurans syarikat itu yang kini didahului perniagaan insurans kenderaan bermotor.

Beliau berkata, premium insurans kargo marin Tahan Insurance adalah rendah jika dibandingkan dengan premium industri yang berjumlah kira-kira RM350 juta.

Chong berkata, pembangunan aplikasi ‘e-Cargo Insurance’ membabitkan pelaburan awal kira-kira RM1.5 juta.

FAKTA NOMBOR
‘e-Cargo Insurance’

RM1.5 juta - Pelaburan awal pembangunan aplikasi
RM50 - Caj minimum polisi penghantaran individu
RM25 - Caj sijil perlindungan marin
300 - Urus niaga dijangka sehari

A Subsidiary of
   
©Copyright 2003 Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
UEM Group
Time Engineering Bhd
   
Tel: 603-2723 2723 Fax : 603-2723 2727 Email: info@dagangnet.com