| ePermit Dimensi Baru Sektor Pertanian Negara
Published by Berita Harian (Komputer)
MALAYSIA mampu muncul sebagai hub utama perdagangan dunia apabila prasarana sistem elektronik, Electronic Data Interchange (EDI), akan diintegrasikan bersama teknologi pengesahan frekuensi radio (RFID). RFiD adalah teknologi termaju masa kini yang menggunakan gelombarig ra dio untuk mengenal pasti objek secara automatik.
Kaedah biasa mengenal pastinya adalah menyimpan satu nornbor siri yang mengenal pasti objek tertentu dan ia dilakukan pada cip mikro yang diletakkan pada antenna. Cip dan antena itu dikenali dengan transponder RFID atau tag RFID.
Antena itu akan membolehkan cip memancarkan pengenalan maklumat ke terminal pembaca yang kemudiannya memantulkan gelombang radio itu daripada tanda RFID ke dalam maklu mat digital yang boleh di hantar ke kom puter.
Ketua Pegawai Eksekutif DagangNet Tecknologies Sdn Bhd (DagangNet), Saifol Bahri Shamlan, berkata memanfaatkat teknologi RFID ini. penting memandangkan ia mampu mempercepat serta melancarkan urusan herkaitan pengesahan kargo.
Katanya sebuah syarikat besar daripada Jepun tertarik dengan keupayaan sistem E DI negara ini dan merancang untuk mengintegrasikan teknologi RFID itu ke dalam sistem sistem berkenaan yang mana ia . dilihat sebagai satu kemajuan besar dalam meningkatkan keupayaan sistem pengurusan kargo.
“Usaha mengintegrasikan teknolagi RFID dengan trafik EDI untuk mengesan kargo dan segala urusan berkaitan kastam boleh dianggap satu kejayaan yang mana dilihat sebagai satu trend masa depan,” katanya kepada media di Port . Dickson, baru-baru ini.
Hadir sama Pengurus Besar Kanan Dagang Net Zaharin Ali dan Pengurus Besar DagangNet Yong Voon Choon.
Saifol berkata„penggunaan teknologi termaju, khususnya dalam . sistem Sistem Maklumat Kastam (SMK-DagangNet) amat penting memandangkan ia sudah mengendalikan pembayaran duti kastam bernilai RM1.8 bilion dan berkeupayaan mengurus 40 juta pertukaran dokumen setahun.
Katanya, memandangkan sistem maklumat itu adalah penting, usaha menaik tarafnya sudah dilakukan dengan membabitkan perisian dan perkakasan hernilai. RM20 juta.
“Usaha menaik taraf sistem maklumat itu dilakukan secara berperingkat dan dijangka selesai sepenuhnya mungkin menjelang suku ketiga tahun ini.
"Kecanggihan sistem SKM-Dagang•Net ini sudah mendapat perhatian daripada negara lain seperti Eropah dan negara ketiga lain,” katanya.
|