| ePermit Permudah Urusan
Pendaftaran lebih lancar, berkesan
Published by Harian Metro
DAGANG Net Technologies Sdn Bhd (Dagang Net), syarikat tempatan - yang menawarkan perkhidmatan e-dagang dan pertukaran dokumen secara elektronik, melancarkan sistem permohonan permit import dan eksport kastam dikenali e- Permit.
Sistem itu dibangunkan eksklusif untuk komuniti perniagaan di negara ini dan produk pertama seumpamanya di Malaysia yang dihasilkan sepenuhnya oleh syarikat itu.
Pengarah Eksekutif Dagang Net, Amiruddin Abdul Aziz, berkata sistem itu menyediakan kemudahan untuk pengimport, pengeksport dan ejen menghantar permohonan berelektronik kepada jabatan kerajaan bagi mendapatkan kelulusan termasuk proses deklarasi.
Menurutnya, dengan e-Permit, proses kerja pendaftaran permit di agensi kerajaan akan lebih cekap, berkesan dan produktiviti selain dimanfaatkan semua pihak berkaitan dalam proses permohonan permit.
"Usaha memusatkan operasi permit ke dalam satu tetingkap tunggal atau'single entrypoint'tepatdankenapadamasanyakerana ia mengintegrasi aktiviti permohonan permit bersifat mesra kerajaan.
"Kami yakin e-Permit sesuai dilaksanakan kerana menepati keperluan agensi kerajaan berikutan ia berupaya mempertingkatkan tahap penggunaan e-dagang yang dapat mempercepatkan urusniaga antara pembekal dan pengedar, sekaligus mengurangkan kos pemasaran secara keseluruhan," katanya pada sidang media selepas pelancaran e-Permit untuk agensi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kuala Lumpur, semalam.
Majlis pelancarannya disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri. Asas Tani, Tan Sri Abi Musa As'ari Mohamed Nor. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Dagang Net, Saifol Bahri Mohd Shamlan dan Pengurus Besar Dagang Net, YongVoonChoon.
Amiruddin berkata, e-Permit kini merevo lusi kaedah permohonan permit untuk kementerian berkenaan apabila enam agensinya mengguna pakai sistem itu dalam usaha mempertingkatkan tahap komunikasi dan interaksi dengan komuniti perniagaan.
"Selain enam agensi di kementerian berkenaan, l3 agensi di kementerian lain turut menunjukkan minat dan kini e-Permit sedang berada di tahap ujian di Jabatan A1am Sekitar serta dijangka diiaksanakan sepenuhnya di semua agensi itu menjelang akhir tahun ini," katanya.
|