Home News > News Archive  
 
Member Services
 
MyPorts
 

Jadual Kereta apa dalam MyPorts

Published by Harian Metro

MAKLUMAT lengkap mengenai jadual perjalanan kereta api bulanan sama ada tempatan atau merentasi Thailand kini boleh diperolehi dari portal ‘MyPorts' yang dibangunkan Dagang Net Technologies Sdn Bhd (Dagang Net) dan TS TransAsia Sdn Bhd (TS TransAsia).

MyPorts pusat sehenti bagi aktiviti perdagangan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan berasaskan nilai tambah bagi membolehkan ahli perniagaan mengendalikan persekitaran perniagaan dengan lebih mudah, ringkas, selamat dan diyakini.

Pengarah Eksekutif Dagang Net, Amiruddin Abdul Aziz, berkata pihaknya melabur kira-kira RM200 juta bagi membangunkan ciri-ciri baru yang ada pada portal itu.

“Maklumat lengkap jadual bulanan kereta api yang dipaparkan di portal MyPorts boleh dimanfaatkan sepenuhnya kerana mereka boleh mengakses segala maklumat disediakan secara percuma.

“Selain itu, pelanggan boleh membuat pesanan menerusi talian secara terus mengenai perkhidmatan kereta api yang dikehendaki, secara tidak langsung memudahkan aspek penyeliaan diadakan,” katanya ketika majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan TS TransAsia di Bandar Sunway, Petaling Jaya, semalam.

Pada majlis itu, Dagang Net diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saifol Bahri Mohd Samlan, manakala TS TransAsia diwakili Pengarah Urusannya, Kuan Kok Onn. Hadir sama Pengurus Besar Dagang Net, Yong Voon Choon; Pengarah TS TransAsia, Chong Hing Peng.


A Subsidiary of
   
©Copyright 2003 Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
UEM Group
Time Engineering Bhd
   
Tel: 603-2723 2723 Fax : 603-2723 2727 Email: info@dagangnet.com