Home News > News Archive  
 
Member Services
 
MyPorts
 

RM11 juta Tingkat Khidmat SMK-DagangNet

Published by Berita Harian (Ekonomi)

DAGANG Net Technologies Sdn Bhd (Dagang Net), penyedia perkhidmatan perdagangan elektronic (e-dagang) memperuntukkan RM11 juta bagi meningkatkan keupayaan Sistem Maklumat Kastam-DagangNet (SMK-DagangNet).

Ketua Eksekutifnya, Saifol Bahri Shamlan, berkata usaha menaik taraf SMK-DagangNet yang bermula tahun lalu itu membabitkan pembukaan Kemudahan Pusat Data yang menempatkan peralatan moden dan terkini.

“Pusat Data itu disasarkan untuk membolehkan Dagang Net menyediakan perkhidmatan tanpa masalah dan gangguan pada tahap 99.9 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian antara Dagang Net dengan Time Quantum Technology Sdn Bhd (TQTSB) bagi melantik syarikat berkenaan sebagai pengendali pusat data itu, di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, Dagang Net diwakili Saifol Bahri manakala TQTSB diwakili Ketuanya, Azlan Tahir.

SMK-DagangNet ialah sistem kelulusan kargo dan pembayaran cukai elektronic yang menghubungkan sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia dengan lapangan terbang di negara ini.

Pusat Data baru itu terletak di Petaling Jaya manakala tapak bagi beberapa kemudahan lain terletak di Serdang.

Saifol Bahri berkata, SMK-DagangNet ketika ini sudah dihubungkan ke 20 pelabuhan dan lapangan terbang di negara ini.

Setakat ini SMK-DagangNet sudah mengendalikan pembayaran duti kastam bernilai RM1.8 billion dan mempunyai keupayaan mengendalikan 40 juta pertukaran dokumen setahun.

Saifol Bahri berkata, keseluruhannya, usaha menaik taraf sistem maklumat kastam itu akan dilakukan secara berperingkat dan ia dijangka membabitkan pelaburan bernilai RM20 juta.

A Subsidiary of
   
©Copyright 2003 Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
UEM Group
Time Engineering Bhd
   
Tel: 603-2723 2723 Fax : 603-2723 2727 Email: info@dagangnet.com