Home News > News Archive  
 
Member Services
 
MyPorts
 

Dagang Net Tawar Urusniaga Antarabangsa Lebih Mudah

Published by Utusan Malaysia (Ekonomi)

KUALA LUMPUR 26 Jan, 2004 - Dagang Net T echnologies Sdn. Bhd. (Dagang Net), peneraju perkhidmatan e-dagang, hari ini mengumumkan perkhidmatan terba­runya, MyPorts yang menyediakan urus niaga antarabangsa dengan lebih mu­dah dan pantas.

Antara ciri utama perkhidmatan ter­baru ini ialah keupayaan enjin pencari pada kod sistem dan laporan mengenai kadar pertukaran yang ditetapkan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia. Selain itu ia turut menyediakan laporan kod lo­kasi da.n penjadualan kapal yang dike­nali sebagai Laporan Daftaran Kargo Kastam (Cuscar).

Ketua Pegawai Eksekutif Dagang Net, Saifol Bahri Mohd Shamlan berkata, ' kesemua ciri tambahan tersebut dirang­kaikan secara langsung dengan kemu­dahan prasarana Sistem Maklumat Kastam yang menggunakan teknologi yang lebih canggih.

Beliau berkata, MyPorts juga menye­diakan keupayaan mengautomasikan prosedur dokumentasi urusan import dan eksport kastam untuk memboleh­kan pengguna mendapatkan kelebihan daya saing perdagangan antarabangsa.

"Pihak kami dan Kastam percaya, de­ngan adanya sistem perkhidmatan ter­baru ini, ia dapat membantu mengukuhkan kemampuan Dagang Net. Kami sen­tiasa berusaha menyediakan perkhid­matan nilai tambahan seumpama ini selain memastikan maklumat urus da­gang disediakan secara sempurna untuk kemudahan pelanggan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dagang Net memulakan operasinya pada tahun 1989 dan sehingga kini me­ngendalikan pembayaran duti kastam bernilai RM1.8 bilion setahun dengan purata urus niaga sebanyak 40 juta se­hari. Antara perkhidmatan yang pernah ditawarkannya ialah eDeclare yang me­rupakan perkhidmatan penyerahan de­klarasi urus niaga menggunakan Inter­net serta perkhidmatan Vessel Informa­tion System (VIS).

Sistem VIS menyediakan maklumat mengenai aliran masuk dan keluar ka­pal-kapal ke pelabuhan yang mana ia membolehkan makhunat diperoleh daripada pengendali pelabuhan secara elektronik.

A Subsidiary of
   
©Copyright 2003 Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
UEM Group
Time Engineering Bhd
   
Tel: 603-2723 2723 Fax : 603-2723 2727 Email: info@dagangnet.com