Home News > News Archive  
 
Member Services
 
MyPorts
 

Dagang Net Sedia Khidmat Nilai Tambah MyPorts

Published by Berita Harian (Ekonomi)

Dagnag Net Technologies Sdn Bhd (DNT) mem­perkenalkan perkhidmatan nilai ditambah, Myports yang menyediakan kemudahan urus niaga antarabangsa dengan mudah dan pantas.

Myports ialah enjin pencari pada kod sistem yang harmoni dan laporan mingguan mengenai kadar pertukaran yang ditetapkan oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM). .

DNT dalam kenyataannya di Kuala Lumpur semalam, berkata Myports turut menyediakan laporan kod lokasi dan jadual kapal yang dikenali sebagai Laporan Daftaran Kargo Kastam (Cus car).

Kenyataan itu berkata, semua ciri nilai ditam­bah itu dirangkaikan secara langsung dengan kemudahan prasarana Sistem Maklumat Kastam-­DagangNet (SMK-DagangNet) yang menampilkan teknologi canggih dan terkini.

Katanya, Myports juga menyediakan keupayaan mengautomasi prosedur dokumentasi import­eksport kastam bagi membolehkan pengguna mendapatkan kelebihan daya saing dalam urus niaga antarabangsa.

DNT dan KDRM kini dalam proses melaksana­kan perkhidmatan nilai ditambah SMK-Dagang­Net secara sepenuhnya.

Syarikat itu yakin kira-kira 2,000 pelanggannya akan memperoleh manfaat secara langsung dari­pada perkhidmatan Myports.

Usaha itu mampu mengukuhkan kedudukan DNT sekali gus menjadikannya sebagai bursa perdagangan menerusi elektronik (e-dagang).

Sejajar pengukuhannya, DNT akan menyedia­kan perkhidmatan nilai ditambah secara berterusan, di samping memastikan pelanggan memper­oleh maklumat urus niaga penting bagi membo­lehkan mereka mempercepatkan proses urus niaga dengan lebih cekap dan berkesan.

A Subsidiary of
   
©Copyright 2003 Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
UEM Group
Time Engineering Bhd
   
Tel: 603-2723 2723 Fax : 603-2723 2727 Email: info@dagangnet.com