DAGANG Net Technologies Sdn Bhd, anak syarikat Time Engineering Bhd dan KTNET, dari Korea Selatan akan bekerjasama untuk memudahkan urus niaga elektronik antarabangsa antara Pentadbiran Kastam Malaysia dan Korea.
Kerjasama itu akan membolehkan pertukaran maklumat Kastam yang lebih pantas d an cekap bagi kawalan dan urusan pentadbiran yang lebih baik.
Dagang Net, penyedia perkhidrnatan e-dagang negara, sudah merintis dan meneraju inisiatif itu yang bertujuan mewujudkan perkhidmatan urus niaga elekronik tanpa kertas dengan pihak kastam bagi memudahkan urus niaga antarabangsa khususnya kepada komuniti perniagaan dan industri logistik.